Pages

Thursday, January 20, 2011

DI PINGGIR PELANGI PETANG

Bab 2

“Ok class, please summit your assignment by next week or your mark will be deduct. Thank you class, ” pesan Encik Mike, pensyarahku. Beliau sangat tegas dengan pelajarnya namun begitu beliau seorang pensyarah yang bagus kerana amat mementingkan pelajaran pelajarnya dan sering memberi motivasi kepada aku serta rakan-rakan untuk berjaya.

“Anis, kau tak perasan sesuatu ke?” soal Ina rakan sekuliahku.

“Apa Ina?”

“Cuba kau lihat Syah tu,” kata Ina sambil memuncungkan mulutnya ke arah Syah.

“Asal pulak Ina.Aku tengok biasa je dengan Syah tu,” balasku.

“ Kau nak tau tak Anis, aku tengok dia tu asyik pandang kau je. Tapi bila aku perasan dia buat macam tu cepat-cepat dia larikan mata dia. Aku pelik la tengok dia tu.”

“ Biar dia la Ina. Jangan dia kacau aku sudah,” kataku sambil mencubit pipi Ina.

“Kau ni Anis kalau sehari tak cubit aku tak sah kan,” bebel Ina sambil memegang pipinya yang sakit.

Ina merupakan rakan sekuliahku. Di kuliah, aku paling rapat dengan Ina. Dia pengganti Ain ketika di kuliah. Ina juga mempunyai perangai seperti Ain. Ini juga membuatkan aku selesa berkawan dengannya.

Aku menunggang skuterku pulang ke kolej. Hari ini kelasku habis awal. Ini peluang aku untuk berehat kerana sebelah malam aku mahu mengulang kaji pelajaran yang aku belajar siang tadi. Rutin kelasku bermula jam 8.30 pagi dan berakhir pada sebelah petang dalam pukul 5.30 petang. Tidak seperti sewaktu aku asasi dahulu, kelas tidak menentu. Kadang-kadang kelasku bermula pada pukul 10 pagi dan berakhir pada pukul 6 petang. Jika kelasku bermula awal pasti akan tamat awal pada sebelah petang.

Seusai solat asar, mataku terasa berat benar. Kalau diikutkan hati mahu sahaja aku tidur tetapi memikirkan hari sudah petang niat itu ku batalkan. Lagipun tidak elok tidur pada waktu petang. Jadi aku hanya baring di katil bagi menghilangkan penatku.

Tiba-tiba aku teringatkan kata-kata Ina selepas kelas tadi. Erm, memang benar kata-kata Ina tu. Kadang-kadang aku juga ternampak apa yang Syah lakukan tetapi aku tidak pernah mengambil berat pun. Bagi aku biarlah apa pun dia mahu lakukan asalkan dia tidak mengangguku.

Syah seorang yang agak senyap berbanding budak lelaki lain dalam kuliahku. Dia juga jarang bercakap dengan perempuan kerana kata rakan kuliahku dia agak anti dengan perempuan disebabkan ada perkara yang berlaku sewaktu masa silamnya.

Bagi aku itu masalah masing-masing dan mereka mungkin akan merahsiakan dari pengetahuan orang lain begitu juga dengan aku.




BERSAMBUNG


by cik iena

No comments:

Post a Comment