Pages

Sunday, March 27, 2011

seorang sahabat

Abu Hamzah,Anas Bin Malik r.a menerangkan bahawa Rasulullah saw bersabda:

" Tidak sempurna iman seseorang itu jika dia tidak mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri. "

hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Bagi setiap orang, mereka mempunyai sahabat mereka sendiri, lantaran sahabat baik mahupun sahabat yang biasa-biasa sahaja. Kadang-kadang ada perkara yang kita tidak senang dengan sahabat kita, begitu juga sahabat kita yang kita sendiri kadang-kadang tak sedar bukan.

Saturday, March 12, 2011

senafas berlalu...


salam

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana telah menamatkan pengajian asasi baru-baru ini, semoga keputusan yang bakal keluar cemerlang dan terbaik hendaknya, amin. Di sini cik iena ingin bergiat kembali menulis. Rugi rasanya tidak memanfaatkan masa yang agak panjang juga walaupun ia akan berlalu sepantas air mengalir di sungai.



Sedang menonton televisyen, cik iena ada perasaan satu perkara. Banyak benar cerita sekarang yang memaparkan tentang cinta yang mempunyai signifikan yang berbeza tetapi tujuannya mungkin sama. Semua insan akan mentafsirkan cinta dengan pelbagai tafsiran yang kadang kala tidak masuk dek akal yang waras. Sebab itu kalau kita sendiri perasan ada ramai orang yang menjadi hamba cinta. Cintakan ilmu membuatkan seseorang itu sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan ilmu, cintakan duit, seseorang dapat buat apa sahaja untuk dapatkan duit. Di sini dapat kita lihat bertapa besarnya pengaruh cinta dalam kehidupan dan jika kita tidak pandai mengawalnya pada jalan yang betul, kita sendiri yang akan terkorban dengan cinta tersebut.



Isu cinta juga sering dikaitkan dengan anak-anak remaja dewasa kini. Bagi anak remaja, cinta skopnya hanya terhad pada cinta seorang lelaki kepada perempuan sedangkan banyak lagi perkara yang perlukan cinta. Cinta monyet? tetapi kita manusia bukan. Ingatlah diriku dan teman-teman sekalian, pandulah cinta pada jalan yang Dia redhai. Kecapilah rahmatNya. Sesungguhnya rahmat Allah itu sangat luas dan tidak terjangkau akal dan kemampuan kita. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!












Friday, March 11, 2011

salam semua,

Bila tengok tajuk atas mesti semua dah tahu apa yg cik iena nak tulis kan..ha tentang EXAM @ PEPERIKSAAN. ramai yang gerun dengar perkataan tu, tapi sedar tak sebenarnya hari-hari kita ada exam cuma sedar atau tak je iaitu exam KEHIDUPAN.yang sebenarnya lagi susah nak dibandingkan exam final and test..bila bangun dari tidur kena pikir apa yang kita buat untuk menghadapi test hari ini, iaitu test sebagai hamba Allah untuk hari tersebut. kalau lulus banyak la pahala hari ni, kalau tak banyak la sebaliknya.a,ah la cik iena pun baru sedar yang itu pun test, ada inviligator and examinernya iaitu Allah s,w,t..hurm ini sekadar mengingatkan diri sendiri dan rakan-rakan, cik iena juga hamba yang lemah macam kamu semua jadi sama-sama mentarbiah diri..insyaAllah,,amin,,
by cik iena