Pages

Tuesday, January 18, 2011

DI PINGGIR PELANGI PETANG

BAB 1

Lamunanku terhenti saat pintu kamarku tiba-tiba diketuk orang. Rupa-rupanya ibuku yang bertandang ke bilikku.

“ Tak tidur lagi Anis ? soal ibu. “ Belum lagi bu. Mata ni susah betul nak dipejam. Ibu buat apa tak tidur lagi ni? ”

“ Ibu baru lepas solat. Ibu nak tanya Anis sikit boleh ? soal ibuku. “ Tanya la bu.” Kataku.

“ Sampai bila kamu nak jadi macam ni. Bila kamu nak berubah. Yela ibu bukannya apa, kadang-kadang ibu risau lihat kamu tu, sekarang ni ramai orang yang berniat jahat pada kita. Ibu cuma risau kalau-kalau ada orang berniat jahat dengan anak ibu yang sorang ni. ”

“ Ibu jangan la risau. Nanti bila Anis dah dapat seru nanti Anis berubah la bu.” kataku berseloroh. Sememangnya perangaiku yang agak kasar ini sangat membimbangkan ibu. Ibu mana yang tidak risau akan keselamatan anaknya lebih-lebih lagi aku merupakan anak tunggal kedua ibu bapaku. Sejak kecil lagi aku sudah dikenali dengan sikap aku yang agak kasar dan ganas namun aku tidak kisah semua itu selagi aku tidak menyusahkan orang lain. Aku mendapat pendidikan awal di sebuah sekolah yang terletak di ibu kota. Sejak dari bangku sekolah aku kurang bergaul dengan lelaki kerana ada satu kejadian yang telah berlaku pada diriku. Bermula umur 12 tahun kedua orang tuaku sudah berpisah. Sejak ibu bapaku berpisah aku dibesarkan oleh ibuku. Kehidupan kami sangat susah ketika itu namun ibu bernasib baik kerana di tawarkan kerja oleh sebuah syarikat. Ini semua rezeki yang Allah beri buat aku dan ibuku. Orang tuaku berpisah atas sebab bapaku telah berkahwin lain dan tidak mempedulikan aku dan ibuku. Atukku sebelah bapaku juga tidak menyukai kami lantas ibuku mengambil keputusan untuk pulang ke rumah datuk dan nenekku di kampung yang terletak di negeri pantai timur. Di situ bermulalah kehidupanku di temat yang baru. Bagi aku, aku hanya perlu melihat dan memandang ke hadapan bukannya menoleh kebelakang. Allah juga ada berfirman dalam surah al-baqarah ayat 286

‘ Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya.’

Sejak itu aku rasakan ada satu semangat yang disuntik ke dalam diriku. Aku bersyukur kerana diberi kekuatan ini. Terima kasih yang Allah.

“Anis ?? ” “Eh ibu maaflah. Tadi Anis tak dengar apa yang ibu cakap.” Senyumanku meleret apabila menyedari sepanjang ibu menasihatiku aku pula sibuk berangan. “ Tak pe la Anis, ibu masuk tidur dulu ye. Nanti jangan lupa ambil wuduk sebelum tidur ya,” pesan ibuku. Sudah menjadi rutin bagi diriku untuk berwuduk sebelum tidur kerana ibu sudah mendidik sebegitu sejak aku kecil lagi.

Sebelum tidur aku sempat membelek-belek diari keppunyaanku. Sudah lama kiranya tidak aku coretkan nukilan aku dalam diari lantaran aktiviti aku yag sungguh sibuk. Namun tidak mengapa kerana aku ada ‘diari’ yang lagi mudah untuk aku coretkan iaitu doa.

“Anis ! Anis ! Dah bangun ke belum ? ”

“Dah ibu. Anis tak sedar jam bunyi tadi.” Sahutku sambil bergegas-gegas bersiap untuk ke kelas. Hari ini aku agak terlewat kerana aku tidak sedar bunyi jam loceng yang beralunkan lagu Ikhlas nyanyian Ungu. Mungkin kerana aku tidak dapat lelapkan mata semalam.

Skuter biru Egoku meluncur laju memasuki kawasan fakulti. Aku sebenarnya tinggal di kolej kediaman namun kadang-kadang aku pulang ke rumah kerana jarak rumahku dengan universiti hanya 3 km. Selain itu aku juga dapat menghilangkan rindu pada keluargaku.

“ Anis, kau pergi mana? Puas aku cari kau pagi tadi.” Soal Ain teman baikku di universiti.

Kami sudah berkawan sejak sekolah menengah lagi. Di universiti Ain mengambil kos pergigian manakala aku pula perubatan. Namun nasib aku dan Ain baik kerana kami ditempatkan di bilik yang sama di kolej. Ini mungkin kerana sewaktu pendaftaran kami daftar pada waktu yang sama. Aku bersyukur sangat kerana kami masih dapat bersama walaupun berlainan kos.

Kesibukan kuliah amat membataskan aku untuk bersosial seperti pelajar-pelajar lain. Namun aku gembira kerana aku memang seorang yang sukakan kesibukkan. Itu juga dapat mengelakkan aku dari terjebak dengan perkara-perkara yang tidak berfaedah.

Ain berasal dari keluarga yang sederhana, sama seperti aku. Sepanjang aku berkawan dengannya dia tidak banyak ragam malah dia sering memberi aku semangat untuk menjadi orang yang berjaya.

BERSAMBUNG....



No comments:

Post a Comment