Pages

Friday, April 5, 2013

Sabarlah wahai hati

Assalamualaikum

Bersabarlah tatkala ujian itu datang melanda. 
Aku sebagai hamba dan Kau pencipta. 
Masakan ku dapat melawan apa yang dirangkaMu. 
Kau tahu segala susuk dan benakku 
walaupun sekelumit yang aku sembunyikan 
kerana Kau lah yang penciptaku. 

Tatkala malam menjelma, 
terasa kekosongan seperti malam yang tiada bulan dan bintangnya,
siang yang tanpa mentarinya.
Keperitan yang amat dalam,
tak mampu ku menafikan,
tapi aku tahu satu perkara,
Dia tidak pernah lekang dari mendengar apa yang aku keluhkan.

Keluhan demi keluhan bertandang,
Adakah aku mampu?
Adakah aku boleh?
Ya, Dia tahu aku mampu justeru Dia menganugerahkan aku anugerah ini.
Hinanya aku kerana memandangnya hanya dengan mata kasar
bukan dengan mata hati.

Lantas, aku bangkit menggemgam seribu azam agar harapan esok masih dapat kucapai,
menongkah arus, melawan badai,
meski kadang-kadang aku tersungkur tapi aku bangkit semula,
Lalu ku rasa langkahku semakin padu,
Teguh,
Aku berharap ia terus kuat sehingga nafasku yang terakhir,
mendaki tembok-tembok kejayaan.