Assalamualaikum
Apa khabar semua? Di harap semua sihat-sihat hendakNya. Apa pun kita harus bersyukur kerana Allah masih mengurniakan sebuah kehidupan kepada kita dan memberi kita peluang agar bernafas di bumi milikNya walaupun kadang-kadang kita ini tersasar dari apa yang Dia mahu. Walau bagaimana pun kembali lah ke jalan yang benar selagi pintu taubat masih belum tertutup. Aku juga mengingatkan diriku yang masih mentah dan jahil ini. Semoga kita sama-sama muhasabah diri kita.
Family? Semua orang sinonim tetapi ramai orang yang tidak ambil peduli dan ada juga yang sangat menyayangi mereka. Apa yang aku nak ketengahkan ialah dalam keluarga, mestilah ada tolak ansur dan berbincang jika terdapat masalah. Jangan mendiamkan diri kerana masalah tidak akan selesai dengan hanya mendiamkan diri. Hargailah keluarga sementara mereka masih berada di sisi kamu. Keluarga adalah satu anugerah yang tidak ternilai, bimbinglah mereka menuju redhaNya kerana mereka adalah amanah Allah sesuai dengan ayat dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang berbunyi :
[6]Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.
6. O you who believe! Ward off from yourselves and your families a Fire (Hell) whose fuel is men and stones, over which are (appointed) angels stern (and) severe, who disobey not, (from executing) the Commands they receive from Allah, but do that which they are commanded.
Masih ada diluar sana yang mengimpikan keluarga yang bahagia sedangkan mereka tidak mampu merasainya. Semoga Allah menghadiahkan hikmah terbesar buat mereka.
Thursday, February 21, 2013
Wednesday, January 2, 2013
Jatuh Cinta ?
Assalamualaikum
Semoga hati-hati kita pada hari ini sentiasa tawaduk dan kembali pada yang Esa. Aku doakan juga sahabat-sahabat yang diluar sana tetap terus berjuang tanpa kenal erti lelah dan putus asa kerana kalian tahu apa ganjaran yang menanti.
Aku ingin bercerita mengenai tarbiyah. Satu perkataan yang memang menjadi kebiasaan di sekolah dan universiti. Namun jangan pelik kerana ada yang jelik mendengar perkataan ini. Ada yang menganggap ajaran sesat, ada yang menganggap menyusahkan TETAPI ada yang sudah jatuh cinta dengannya. Masing-masing punya pendirian mahu suka atau tidak tetapi bagi aku, aku sudah jatuh cinta dengan tarbiyah kerana aku merasa sangat bahagia dengannya.
Cinta yang aku satu ini, berputik bila aku menyertai satu perkhemahan atau dalam arabicnya mukhayyam. Rasa sangat-sangat dekat dengan akhwat-akhwat ( rakan-rakan) yang lain. Rasa macam dah lama kenal dengan mereka. Makan dalam dulang share-share. Cuma kadang-kadang aku rasa terbeban, ya lah syaitan itu tidak pernah tidur. Jika dia tidur sebentar amanlah dunia ini. Apa yang pentingyang aku mahu ketengahkan ialah mujahadah. Allah ada berfirman dalam kitab sucinya dalam surah Al-Ankabut surah ke-29 ayat 2 berbunyi begini:
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan : "Kami beriman," dan mereka tidak diuji?
Dari awal-awal lagi Allah pesan dekat kita, semua orang akan diuji untuk tahu tahap keimanan mereka. Jadi janganlah susah hati kerana janji Allah itu pasti dan Dia tidak membebankan hambanya dengan sesuatu yang hambaNya tidak mampu lalui seperti dalam ayat 286 surah Al-Baqarah:
لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ

Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.
Allah bagi pahala lagi untuk kita jika kita bersabar. Jadi, ayuh murobbi dan murobbiyah diluar sana. Sentiasalah bersemangat untuk menegakkan daulah islamiyah agar tertegak di bumi tanah air kita ini.
Wallahua'lam.
Subscribe to:
Posts (Atom)