Pages

Wednesday, January 2, 2013

Jatuh Cinta ?

Assalamualaikum

          Semoga hati-hati kita pada hari ini sentiasa tawaduk dan kembali pada yang Esa. Aku doakan juga sahabat-sahabat yang diluar sana tetap terus berjuang tanpa kenal erti lelah dan putus asa kerana kalian tahu apa ganjaran yang menanti.
           Aku ingin bercerita mengenai tarbiyah. Satu perkataan yang memang menjadi kebiasaan di sekolah dan universiti. Namun jangan pelik kerana ada yang jelik mendengar perkataan ini. Ada yang menganggap ajaran sesat, ada yang menganggap menyusahkan TETAPI ada yang sudah jatuh cinta dengannya. Masing-masing punya pendirian mahu suka atau tidak tetapi bagi aku, aku sudah jatuh cinta dengan tarbiyah kerana aku merasa sangat bahagia dengannya.
          Cinta yang aku satu ini, berputik bila aku menyertai satu perkhemahan atau dalam arabicnya mukhayyam. Rasa sangat-sangat dekat dengan akhwat-akhwat ( rakan-rakan) yang lain. Rasa macam dah lama kenal dengan mereka. Makan dalam dulang share-share.  Cuma kadang-kadang aku rasa terbeban, ya lah syaitan itu tidak pernah tidur. Jika dia tidur sebentar amanlah dunia ini. Apa yang pentingyang aku mahu ketengahkan ialah mujahadah. Allah ada berfirman dalam kitab sucinya dalam surah Al-Ankabut surah ke-29  ayat 2 berbunyi begini:

         Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan : "Kami beriman," dan mereka tidak diuji? 

         Dari awal-awal lagi Allah pesan dekat kita, semua orang akan diuji untuk tahu tahap keimanan mereka. Jadi janganlah susah hati kerana janji Allah itu pasti dan Dia tidak membebankan hambanya dengan sesuatu yang hambaNya tidak mampu lalui seperti dalam ayat 286 surah Al-Baqarah:


      لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ


    Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. 


Allah bagi pahala lagi untuk kita jika kita bersabar. Jadi, ayuh murobbi dan murobbiyah diluar sana. Sentiasalah bersemangat untuk menegakkan daulah islamiyah agar tertegak di bumi tanah air kita ini.

Wallahua'lam.

No comments:

Post a Comment