Pages

Saturday, March 12, 2011

senafas berlalu...


salam

Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana telah menamatkan pengajian asasi baru-baru ini, semoga keputusan yang bakal keluar cemerlang dan terbaik hendaknya, amin. Di sini cik iena ingin bergiat kembali menulis. Rugi rasanya tidak memanfaatkan masa yang agak panjang juga walaupun ia akan berlalu sepantas air mengalir di sungai.



Sedang menonton televisyen, cik iena ada perasaan satu perkara. Banyak benar cerita sekarang yang memaparkan tentang cinta yang mempunyai signifikan yang berbeza tetapi tujuannya mungkin sama. Semua insan akan mentafsirkan cinta dengan pelbagai tafsiran yang kadang kala tidak masuk dek akal yang waras. Sebab itu kalau kita sendiri perasan ada ramai orang yang menjadi hamba cinta. Cintakan ilmu membuatkan seseorang itu sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan ilmu, cintakan duit, seseorang dapat buat apa sahaja untuk dapatkan duit. Di sini dapat kita lihat bertapa besarnya pengaruh cinta dalam kehidupan dan jika kita tidak pandai mengawalnya pada jalan yang betul, kita sendiri yang akan terkorban dengan cinta tersebut.



Isu cinta juga sering dikaitkan dengan anak-anak remaja dewasa kini. Bagi anak remaja, cinta skopnya hanya terhad pada cinta seorang lelaki kepada perempuan sedangkan banyak lagi perkara yang perlukan cinta. Cinta monyet? tetapi kita manusia bukan. Ingatlah diriku dan teman-teman sekalian, pandulah cinta pada jalan yang Dia redhai. Kecapilah rahmatNya. Sesungguhnya rahmat Allah itu sangat luas dan tidak terjangkau akal dan kemampuan kita. Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar!












3 comments: