
salam
Alhamdulillah syukur kehadrat ilahi kerana telah menamatkan pengajian asasi baru-baru ini, semoga keputusan yang bakal keluar cemerlang dan terbaik hendaknya, amin. Di sini cik iena ingin bergiat kembali menulis. Rugi rasanya tidak memanfaatkan masa yang agak panjang juga walaupun ia akan berlalu sepantas air mengalir di sungai.
Sedang menonton televisyen, cik iena ada perasaan satu perkara. Banyak benar cerita sekarang yang memaparkan tentang cinta yang mempunyai signifikan yang berbeza tetapi tujuannya mungkin sama. Semua insan akan mentafsirkan cinta dengan pelbagai tafsiran yang kadang kala tidak masuk dek akal yang waras. Sebab itu kalau kita sendiri perasan ada ramai orang yang menjadi hamba cinta. Cintakan ilmu membuatkan seseorang itu sanggup buat apa sahaja demi mendapatkan ilmu, cintakan duit, seseorang dapat buat apa sahaja untuk dapatkan duit. Di sini dapat kita lihat bertapa besarnya pengaruh cinta dalam kehidupan dan jika kita tidak pandai mengawalnya pada jalan yang betul, kita sendiri yang akan terkorban dengan cinta tersebut.










Ama, boleh je ambik ayat tu. :)
ReplyDeleteyg penting kena pandai bawa diri.. huhu
ReplyDeletea,ah,btul tu,kt mne pn kne pndai bwk dri,
ReplyDelete