Pages

Friday, January 3, 2014

Final Examination

Assalamualaikum

       Hari ini merupakan hari pertama final exam aku. So that means end of semester 5. One more semester to go before I grad, InsyaAllah. Hope everything goes well and may the best come to me. Since masuk Unimas, masa cepat berlalu dan pelbagai perkara aku belajar. Many things happen and I hope I learned something from them. Aku berharap tahun baru 2014 yang dimana usia berginjak lagi setahun menjadikan aku matang dalam hidup dan terus bermanfaat untuk orang lain. I hard to do but InsyaAllah moga Allah beri laluan untuk aku berbakti kepada agama, bangsa, keluarga dan negara. I also love to inspire people and I hope I'll keep doing that. 



Kita perlu berusaha untuk jadi baik dari hari ke hari. Moga Allah mudahkan jalan kita untuk melakukan kebaikan. 2014 datang seperti membawa helaian kertas-kertas baru untuk dicoretkan perjalanan hidup sempena tahun baru ini. Bagi Muslim, yes tahun baru kurang maknanya berbanding Awal Muharam. That our new year. So, kita boleh guna tahun baru Masihi ini sebagai persinggahan bagi tajdid niat kita dalam apa jua kita lakukan baik dalam pelajaran, kerja ataupun hubungan kekeluargaan. Semoga apa yang kita lakukan hanya kerana redha Allah. Tiada yang lain. MOGA ALLAH REDHA. Tingkatkan amalan harian moga ia menjadi pemberat amal kita diakhirat. 


Wallahua'lam

Friday, April 5, 2013

Sabarlah wahai hati

Assalamualaikum

Bersabarlah tatkala ujian itu datang melanda. 
Aku sebagai hamba dan Kau pencipta. 
Masakan ku dapat melawan apa yang dirangkaMu. 
Kau tahu segala susuk dan benakku 
walaupun sekelumit yang aku sembunyikan 
kerana Kau lah yang penciptaku. 

Tatkala malam menjelma, 
terasa kekosongan seperti malam yang tiada bulan dan bintangnya,
siang yang tanpa mentarinya.
Keperitan yang amat dalam,
tak mampu ku menafikan,
tapi aku tahu satu perkara,
Dia tidak pernah lekang dari mendengar apa yang aku keluhkan.

Keluhan demi keluhan bertandang,
Adakah aku mampu?
Adakah aku boleh?
Ya, Dia tahu aku mampu justeru Dia menganugerahkan aku anugerah ini.
Hinanya aku kerana memandangnya hanya dengan mata kasar
bukan dengan mata hati.

Lantas, aku bangkit menggemgam seribu azam agar harapan esok masih dapat kucapai,
menongkah arus, melawan badai,
meski kadang-kadang aku tersungkur tapi aku bangkit semula,
Lalu ku rasa langkahku semakin padu,
Teguh,
Aku berharap ia terus kuat sehingga nafasku yang terakhir,
mendaki tembok-tembok kejayaan.







Sunday, March 24, 2013

Hening di hujung malam

Assalamualaikum

   
       Ayah,
       anakmu kini sudah dewasa,
       mencapai umur puluhan tahun.
       jangan kau sentuh hatiku dengan kasarnya tutur kata,
       sentuhlah dengan lembut bicara agar aku dapat menuruti katamu,
       Bimbinglah aku ke jalan yang Allah redhai,
       yakinkan aku dengan janjiNya,
       Agar kelak di sana tidak aku mengheret kau sama, ayah.

       Ayah,
       anakmu perlu belaian kasih sayangmu,
       bukan untuk bermanja tetapi mahu diriku merasa ada ayah disisiku tika aku perlukan
       tetapi kini masih aku mencari-cari,
       aku doakan kau bahagia di sana walaupun tidak kau tahu bagaimana rupanya aku.

       Ibu, terima kasih segala-galanya,
       atas apa yang telah kau korbankan
       siang malam tidak terkira
       membesarkan aku sendirian cuma,
       memberi aku ilmu dunia,
       akhirat tidak tertinggal sama.


             gambar sekadar hiasan





Thursday, February 21, 2013

Familia

Assalamualaikum

Apa khabar semua? Di harap semua sihat-sihat hendakNya. Apa pun kita harus bersyukur kerana Allah masih mengurniakan sebuah kehidupan kepada kita dan memberi kita peluang agar bernafas di bumi milikNya walaupun kadang-kadang kita ini tersasar dari apa yang Dia mahu. Walau bagaimana pun kembali lah ke jalan yang benar selagi pintu taubat masih belum tertutup. Aku juga mengingatkan diriku yang masih mentah dan jahil ini. Semoga kita sama-sama muhasabah diri kita.


Family? Semua orang sinonim tetapi ramai orang yang tidak ambil peduli dan ada juga yang sangat menyayangi mereka. Apa yang aku nak ketengahkan ialah dalam keluarga, mestilah ada tolak ansur dan berbincang jika terdapat masalah. Jangan mendiamkan diri kerana masalah tidak akan selesai dengan hanya mendiamkan diri. Hargailah keluarga sementara mereka masih berada di sisi kamu. Keluarga adalah satu anugerah yang tidak ternilai, bimbinglah mereka menuju redhaNya kerana mereka adalah amanah Allah sesuai dengan ayat dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang berbunyi  :



[6]Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala); neraka itu dijaga dan dikawal oleh malaikat-malaikat yang keras kasar (layanannya); mereka tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkanNya kepada mereka, dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.

6. O you who believe! Ward off from yourselves and your families a Fire (Hell) whose fuel is men and stones, over which are (appointed) angels stern (and) severe, who disobey not, (from executing) the Commands they receive from Allah, but do that which they are commanded.

Masih ada diluar sana yang mengimpikan keluarga yang bahagia sedangkan mereka tidak mampu merasainya. Semoga Allah menghadiahkan hikmah terbesar buat mereka.

pic from : website Ustaz Nor Amin 
Songs : Saujana

Wednesday, January 2, 2013

Jatuh Cinta ?

Assalamualaikum

          Semoga hati-hati kita pada hari ini sentiasa tawaduk dan kembali pada yang Esa. Aku doakan juga sahabat-sahabat yang diluar sana tetap terus berjuang tanpa kenal erti lelah dan putus asa kerana kalian tahu apa ganjaran yang menanti.
           Aku ingin bercerita mengenai tarbiyah. Satu perkataan yang memang menjadi kebiasaan di sekolah dan universiti. Namun jangan pelik kerana ada yang jelik mendengar perkataan ini. Ada yang menganggap ajaran sesat, ada yang menganggap menyusahkan TETAPI ada yang sudah jatuh cinta dengannya. Masing-masing punya pendirian mahu suka atau tidak tetapi bagi aku, aku sudah jatuh cinta dengan tarbiyah kerana aku merasa sangat bahagia dengannya.
          Cinta yang aku satu ini, berputik bila aku menyertai satu perkhemahan atau dalam arabicnya mukhayyam. Rasa sangat-sangat dekat dengan akhwat-akhwat ( rakan-rakan) yang lain. Rasa macam dah lama kenal dengan mereka. Makan dalam dulang share-share.  Cuma kadang-kadang aku rasa terbeban, ya lah syaitan itu tidak pernah tidur. Jika dia tidur sebentar amanlah dunia ini. Apa yang pentingyang aku mahu ketengahkan ialah mujahadah. Allah ada berfirman dalam kitab sucinya dalam surah Al-Ankabut surah ke-29  ayat 2 berbunyi begini:

         Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan : "Kami beriman," dan mereka tidak diuji? 

         Dari awal-awal lagi Allah pesan dekat kita, semua orang akan diuji untuk tahu tahap keimanan mereka. Jadi janganlah susah hati kerana janji Allah itu pasti dan Dia tidak membebankan hambanya dengan sesuatu yang hambaNya tidak mampu lalui seperti dalam ayat 286 surah Al-Baqarah:


      لاَ يُكَلِّفُ اللّهُ نَفْساً إِلاَّ وُسْعَهَا لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ


    Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya. Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya. 


Allah bagi pahala lagi untuk kita jika kita bersabar. Jadi, ayuh murobbi dan murobbiyah diluar sana. Sentiasalah bersemangat untuk menegakkan daulah islamiyah agar tertegak di bumi tanah air kita ini.

Wallahua'lam.

Sunday, April 8, 2012

Assalamualaikum

Hati. perkara yang aku tak bisa ungkapkan sekuat dan seteguh mana ia. Yang aku pasti lemahnya hati ku ini. Mudah mengalir air matanya tatkala ada dugaan yang datang. Tapi aku harus kuat kerana kekuatan itu perlu dibina bukan ditunggu. Aku mencari, dan masih mencari pemilik hatiku selepas Allah dan RasulNya. Aku dapat rasa ada ruang yang masih kosog di satu sudut hatiku. Ku masih menanti dengan sabar dan kuat agar Allah beri aku kekuatan untuk aku mengawal hatiku. Hanya Dia yang tahu. Kalian doakan aku kuat. Hanya kekuatan dari Allah itu yang dapat membantu aku untuk terus berjuang dalam mempertahankan hatiku.

Saturday, April 7, 2012

Menghadapi ujian hidup


Menghadapi ujian hidup
Siapa yang tidak faham
Mengapa Allah datangkan ujian
Dia belum kenal Allah
Perkara yang telah berlaku
Jangan dikenang
Yang sedang berlaku
Gunakan dengan sebaik-baiknya
Perkara yang akan datang
Jangan disusahkan
Agar jiwa kita tenang
Serta berbaik sangka dengan Tuhan
Kesusahan yang belum tiba
Jangan diandai-andaikan
Hati menderita sebelum masanya
Kesenangan yang akan dating
Jangan difikirkan
Nanti bila sampai masa tak kunjung tiba
Kita juga yang kecewa
Yang baik terimalah dengan redhalah
Apa yang ada di depan kita
Hati kita akan senang sepanjang masa

Pendirian


assalamualaikum,

sudah lama benar tidak aku menjenguk laman kecil ini. hampir setahun lamanya bahkan lebih barang kali. aku kembali terpanggil untuk mencoret sesuatu yang aku kira perlu bagi kita semua. Hari ini aku ingin mengatakan tentang pendirian yang aku kira semua insan di luar sana masih keliru dengan pendirian yang aku sendiri juga masih tidak tetap kadang kala. mungkin benda ini nampak remeh tetapi pendirian ini akan membawa kita dan menentukan kita berada di mana, kiri atau kanankah yag bakal dipilih. mungkin kiri yang dipilih padahal kanan yang sebenarnya, namun mari kita membina pendirian agar pendirian itu masih dapat memandu kita di mana kita akan melangkah dan menjejakkan kaki.